BEBAS & MERDEKA

Assalamualaikum..


20 Julai 2017 dengan rasminya Cik Zai dah tutup akaun Instagram dan Facebook. Laman sosial yang pelbagai ni tak semestinya kena join semua kan. Join satu cukupla. Lagipun Cik Zai bukan ada banyak masa pun nak layan semua benda tu. Aku perasan sejak layan laman sosial tu semua aku lupa… apa yang aku minat, aktiviti yang aku nak buat dan matlamat yang aku nak capai. So, Insyaallah lepas ni aku boleh start balik baca buku banyak-banyak, mengarang dan menulis, menjahit, hafaz Al-Quran dan sebagainya. Insyaallah.

Bila tutup akaun insta n fb risikonya akan hilang gambar-gambar lama dan tak boleh keep in touch dengan ramai member. Tak kisahlah gambar bukan bawa ke mana pun. Beratus-ratus gambar dalam insta dan fb, gambar yang sealbum dekat rumah tu juga yang paling dihargai dan selalu ditatap. Kalau nak keep in touch dengan member whatsapp kan ado….

LEMPENG

Assalamulaikum...

Hari ni nak kongsi resipi buat lempeng. Kadang kita ni nak makan kuih tapi kuih-kuih seperti karipap, donut, keria dan lain-lain kuih tu semua renyah. Kadang-kadang pula kita ni tak banyak masa so lastly lempeng juga jadi pilihan. So, resepi lempeng seperti di bawah...


Bahan-bahan

2 cawan tepung
200ml santan kotak
1 biji telur
1 cawan air
secubit garam


Cara-cara

Gaul semua bahan hingga sebati dan masak lempeng atas pan sehingga masak.

p.s. Lempeng sesuai di cicah bersama sardin atau susu pekat manis.



RESEPI FETTUCCINE ALFREDO MUSHROOM MUDAH

Assalamualaikum...




Amboi.... bukan main nama resepi...tak kisahlah yer namapun menu western. Kadang-kadang kita ni walau tekak Melayu pasti ada satu masa nak makan masakan western, Thai, Cina dan sebagainya. So, hari ni nak share resipi Fettuccine Alfredo Mushroom. Resipi ni memang sangat-sangat senang. Ok tak perlu taip panjang-panjang, kita terus kepada bahan-bahan seperti di bawah..



Bahan-Bahan:

Fettuccine 
Setin Sos Prego Alfredo Mushroom
2 biji Cendawan Butang (Dihiris nipis-nipis)
Sedikit Isi ayam
3 biji bawang putih 
Cili merah
Cili padi
Sekeping Cheese
Sedikit Olive oil
Lada hitam
Daun sup (sebagai hiasan)


Cara-Cara:

Fettuccine direbus dalam periuk. Kalau tak sure cara nak rebus korang ikut jer arahan yang dipaparkan pada plastik.  

Untuk sos pula, panaskan minyak..masukkan bawang putih hingga keperangan kemudian masukkan ayam, hirisan cendawan butang, cili merah, cili padi dan gaul sehingga ayam agak masak. 
Seterusnya, setelah ayam agak masak masukkan sos Prego Alfredo Mushroom dan sekeping cheese... gaulkan. Sekiranya sos pekat sangat tambah sedikit air. Gaul sampai mendidih dan jangan lupa bubuh lada sedikit lada hitam.... 
Bila dah masak bolehlah dihidang dengan Fettuccine dan hias dengan sedikit daun sup. 

P.s. Resipi sos tak perlu bubuh garam sebab cheese tu dah masin.



TAWARAN KUARTERS

Assalamulalaikum...

Hari tu aku dapat e-mel  dengan tajuk Tawaran Kuarters. Ingatkan SPAM dan sikit lagi aku delete. Sekali buka dan baca Alhamdulillah. Aku apply benda ni hampir 4 tahun yang lalu masa zaman aku bujang lagi dan masa tu aku just apply suka2…hahahah.

Ok, berbalik kepada emel tadi, pihak BPH minta sahkan telah dapat emel dan kemukakan beberapa dokumen  sebelum mengambil surat tawaran yang asal. Hari tu juga aku setlekan. Lepas dah ambil surat tawaran , pihak BPH bagi tempoh sebulan untuk setlekan beberapa dokumen termasuk mematikan setem hasil pada dokumen perjanjian serta urusan permohonan baru dengan pembekal utility. Itupun aku setlekan pada hari bekerja berikutnya. Dalam tempoh setengah hari jugala selesai semula urusan. Dah setle boleh pergi ambil kunci.  Lepas dapat kunci boleh pindah terus.. tapi aku tak pindah pun..tunggu ada langsir baru pindah. Langsir tu mak mertua buatkan. Tq so much my MIL. You are the best MIL in the world!
So, ahad lepas aku dan husband dah pindah masuk kuarters dengan rasminya. Seronok tinggal kuarters tu sebab cantik, bersih, ada balkoni, view taman dan yang paling penting  5 minit jer  dari tempat kerja.

Ramai yang dapat EPW tak nak apply kuarters sebab takut tak dapat elaun wilayah. Ahh tak kisahlah dengan elaun tu. Kalau sewa 1 rumah pun kena bayar banyak juga dan lagi satu mana nak dapat rumah yang selesa dekat Putrajaya ni kalau bukan kuarters. 

RESIPI AYAM PANGGANG SENANG MUDAH CEPAT DAN LAZAT

Assalamualaikum…


Resipi ni aku suka buat sejak zaman bujang lagi sebab bahan-bahan mudah dan ringkas. Senang cerita semua bahan-bahan tu memang ada dekat rumah. Benda penting yang korang kena ada kalau nak buat resipi ni adalah… Jeng Jeng Jeng!  PEMANGGANG AJAIB jer…

BAHAN-BAHAN

9 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk lada putih biji
1 sk garam
4-5 sb kicap manis ABC

CARA-CARA

Tumbuk lada putih, garam, halia, bawang putih dan gaulkan dengan ayam. Jangan lupa masukkan kicap ABC. Gaul lagi.

Sediakan pemanggang ajaib. Letak sedikit minyak dan panggang ayam dalam pemanggang ajaib sehingga warna menjadi keperang-perangan seperti dalam gambar atau sehingga masak.

Sedap dimakan bersama nasi panas. Rasa ayam sangat juicy dan lazat wa habaq lu….